struktur atom (tg4 bab 2)

assalamualaikum, jadi ini lah post pertama untuk blog ini dan insyaALLAH abg asyraf akan mudahkan semudah yang mungkin untuk membantu kau orang semua untuk fahami bab ini.

baik! mula2 awak semua mesti fahamkan apa itu jirim. apa itu jirim? jirim ialah apa2 sahaja yang mempunyai jisim dan boleh memenuhi ruang. abg asyraf rasa kau orang dah tahu yang jisim dan berat itu perkara yang berbeza bukan? dan yang memenuhi ruang itu, macam inilah abg asyraf bagi satu contoh. air ialah jirim. kenapa? kerana air mempunyai jisim dan, kalau kita tuang air dalam gelas, maka air akan memenuhi ruang dalam gelas itu bukan? abg asyraf harap awak semua boleh faham ini.


okey jadi kalau awak semua dah faham tentang jirim, abg asyraf nak awak semua fahamkan pula teori kinetik jirim. baik, kita semua sedia maklum yang jirim mempunyai tiga fasa, pepejal, cecair dan gas. setiap fasa pula mempunyai tenaga kinetik yang berbeza, contohnya, pejal cuma bergetar di posisi asalnya dan tersusun rapat2, manakala tenaga kinetik bagi cecair pula lebih tinggi dan jarak antara zarah2nya lebih jauh oleh itu, cecai r tidak mempunyai bentuk yang tetap. gas pula mempunyai tenaga kinetik yang sangat tinggi di mana zarah2 bergerak secara rawak dan jaraknya lebih jauh antara satu sama lain. awak semua juga mesti tahu nama proses dari pepejal nak jadi cecair (peleburan), cecair nak jadi gas (pendidihan atau penyejatan), gas nak jadi cecair (kondensasi), cecair nak jadi pepejal (pembekuan) dan gas nak jadi pejal atau pejal nak jadi gas (pemejalwapan). ah satu lagi! ini2 yang teori resapan uh. awak semua kena tahu yang resapan itu ialah proses di mana zarah yang kecil memenuhi ruang antara zarah2 lain.


 




seterusnya, awak semua mesti tahu sejarah teori atom ini. siapa yang mula2 mengusulkan kewujudan atom dan perkembangan teori itu.




sir joseph john thomson

ernest rutherford


niels bohr

james chadwick


abg asyraf harap kau orang boleh ingat anologi sejarah atom dan ingat apa yang saintis2 saintis itu cadangkan tentang atom. sekarang kita bergerak kepada struktur elektron atom. di tengah2 atom terdapat nukleus yang terdiri daripada 2 zarah sub-atom iaitu neutron(neutral) dan proton(cas positif) seperti yang dicadangkan oleh james chadwick. elektron pula ialah zarah sub-atom yang mengelilingi nukleus dalam suatu orbit yang dipanggil petala. petala ialah lokus bayangan yang menunjukkan laluan elektron mengelilingi nukleus. untuk petala pertama, bilangan elektron maksimum yang boleh mengisi petala tersebut ialah 2. manakala untuk petala ke2 dan ke3 pula ialah 8. elektron yang terdapat di petala paling luar dipanggil elektron valens. simbol atom pula biasanya ditulis dalam bentuk piawai di mana terdapat dua nombor di sebelah kanan simbol kimia unsur tersebut. nombor yang berada di atas ialah nombor nukleon(bilangan proton+neutron) dan di bawah ialah nombor proton. cara paling mudah untuk mengingat perkara ini ialah dengan melihat nombor mana yang lebih besar. nombor yang lebih besar semestinya nombor nukleon kerana nombor nukleon ialah bilangan proton dan neutron manakala nombor proton hanya menunjukkan bilangan proton. perlu diingat bahawa istilah yang terdapat dalam struktur elektron hanyalah nombor proton, bilangan proton, bilangan elektron, dan nombor nukleon serta bilangan neutron. tiada istilah nombor elektron dan bilangan nukleon.

ini ialah struktur elektron magnesium.
seperti yang kau orang lihat, petala pertama
terdapat 2 elektron, petala kedua 8 elektron dan
di petala paling luar, terdapat 2 elektron
jadi magnesium dikatakan mempunyai 2 elektron
valens

ini pula simbol unsur magnesium tapi agak 
kurang tepat keran sepatutnya nombor proton 
juga terletak di sebelah kanan tapi abg asyraf
pasti kau orang boleh tangani hal ini kan?

seterusnyam kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan isotop. isotop ialah atom unsur yang sama yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi mempunyai bilangan neutron yang berlainan.


kemudian, kau orang semua mestilah tahu juga beberapa contoh isotop dengan kegunaan dia contohnya,
  • karbon-14  *pentarikhan karbon
                             *menguji penyerapan baja karbon dalam tumbuhan
  • cobalt-60 *radioterapi kanser
  • natrium-24 *mengesan kebocoran paip

kesimpulannya, abg asyraf harap sangat2 yang apa yang abg asyraf buat ini boleh membantu kau orang semua. ciao2~
     











1 comments:

quashygahm said...

3-D titanium framing hammer - TITNIA
1.2 oz. Plastic price of titanium construction (2-D nipple piercing jewelry titanium titanium) and a piece of metal on top. These stiletto titanium hammer metal pieces will provide the desired titanium flash mica grip for titanium ore a grip, grip, or

Post a Comment